LATAR
BELAKANG IBNU MISKAWAIH
Nama sebenar Ibnu Miskawaih ialah Abu Ali Ahmad bin Muhammad
bin Yaakub binMiskawaih. Beliau dilahirkan di Kota Rayy, Iran pada tahun 330 H
/ 932 M dan meninggal dunia di Asfahan pada tanggal 9 Shafar 421 H / 16
Februari 1030 M. Ibnu Miskawaih berbangsa Parsi dan merupakan seorang yang
aktif dalam politik ketika era pemerintahan Bani Buwaiyh. Keluarga Ibnu
Miskawaih dikatakan pada mulanya berasal dari kaum yang mengamalkan ajaran
Majusi, tetapi kemudiannya telah memeluk agama Islam.Beliau fasih berbahasa
dalam bahasa Parsi Pertengahan dan bertanggungjawab menterjemah karya-karya
sebelum kedatangan Islam dalam bahasa Arab.Beliau mempelajari
bidang sejarah dengan bergurukan Abu Bakar Ahmad bin Kamil Al-Qadhi pada tahun
350 H. Selain itu, beliau juga mempelajari ilmu kimia dengan bergurukan Abu
al-ThayyibAr-Razi serta memperdalamkan lagi bahasa dan sastera Arab. Ibnu
Miskawaih semakin dikenali kerana pembahasan-pembahasannya tentang filsafat
akhlak, terutama dalam bukunya yang dinamakan Tahzibul Akhlak.
Selain itu, beliau juga memperdalamkan
lagi bidang filsafat dengan Ibn Al-Khammar yang merupakan seorang tokoh
kenamaan yang dianggap cukup menguasai karya-karya Aristotle.Selain itu, beliau
telah berkhidmat kepada Ibnul-Amid sebagai petugas perpustakaannya. Kemudian,
beliau berkhidmat pula kepada anaknya, Ali bin Muhammad bin Al-Amid. Beliau aktif dalam politik dan
bekerja dengan beberapa pemerintah Bani Buwaiyh.Ketika pemerintahan Khalifah
Adud Al-Daulah, Ibnu Miskawaihpernah menjadi Khazin (pustakawan) Ibn al-‘Abid
dimana beliau dapat menuntut ilmu dan memperoleh banyak perkara positif berkat
pergaulannya dengan kaum elit. Setelah itu Ibnu Miskawaih meninggalkan Ray
menuju Baghdad dan mengabdi diri di istana Pangeran Buwaihi sebagai
bendaharawan dan beberapa jabatan lain.
Akhir
hidupnya banyak dicurahkan untuk menuntut ilmu dan menulis.Semasa hidupnya,
beliau merupakan anggota kelompok intelektual terkenal seperti al-Tawhidi dan
al-Sijistani.Beliau juga tergolong dalam kelompok cerdik pandai
Islam yang mempunyai wawasan yang luas, terutamanya dalam bidang falsafah.Hal
ini dapat dilihat daripada pendapatnya yang turut merujuk kepada falsafah
Yunani, melalui karya-karya yang telah diterjemahkannya ke dalam bahasa Arab.Beliau
dikatakan antara cerdik pandai Islam yang meninggal dunia dalam umur yang
begitu lanjut iaitu ketika berusia 90-an. Walaupun beliau banyak mengusai
cabang ilmu pengetahuan, namun beliau lebih dikenali sebagai seorang ahli
falsafah Islam dan sejarawan yang terkemuka pada zamannya.
KEPERIBADIAN
DAN FALSAFAH IBNU MISKAWAIH
Menurut
Cerdik Pandai Barat, Ibnu Miskawaih adalah ahli falsafah Islam dan sejarawan
yang terulung pada zamannya. Beliau ialah seorang ilmuwan yang terkenal sebagai
filsuf, penyair dan sejarawan.IbnuMiskawaih lebih menyukai sejarah dan filsafat.
Beliau telah mempelajari sejarah dengan Abu Bakar Ahmad bin Kamil Al-Qadhi. Selainitu,
beliau juga mempelajari ilmu kimia dengan bergurukan Abu
al-ThayyibAr-Razi serta memperdalamkan lagi bahasa dan sastera Arab. Ibnu Miskawaih semakin dikenali kerana pembahasan-pembahasannya tentang filsafat akhlak,
terutama dalam bukunya yang dinamakan Tahzibul Akhlak.
Namun, pemikiran beliau lebih
merujuk kepada filsafat etika, seperti Al-Ghazali.Berbeza dengan pemikiran dari
Al-Kindi dan Al-Farabi yang lebih menekankan kepada metafiska.Beliau juga terkenal
sebagai ilmuwan yang hebat.Pada saat itu beliau dapat mencipta disiplin ilmu,
seperti ilmu kedoktoran, ilmu bahasa, sejarah dan filsafat.Namun, beliau lebih
terkenal sebagai filsuf akhlak (al-falsafah al-amaliyyah), daripada sebagai
filsuf Ketuhanan (al-falsafah al-nazhariyyah al-ilahiyyah).Hal ini kerana,
beliau di kelilingidengan keadaan masyarakat yang pada waktu itu akhlaknya
kurang baik, contohnya minum minuman keras, perzinaan, perkosaan dan lain- lainnya.
Ibnu Miskawaih juga merupakan
seorang yang aktif dalam dunia politik di era kekuasaan Dinasti Buwaihi, di
Baghdad.Beliau mengkombinasikan karier politik dengan peraturan filsafat yang
penting.Beliau bukan sahajaberkhidmat di pejabat Buwaihi di Baghdad, malah beliau
juga mengabdi diri di Isfahan dan Ray.
Meski filosofi yang diterapkannya
khusus untuk masalah Islam, ia jarang menggunakan agama untuk mengubah
filosofi, dan kemudian ia dikenali sebagai seorang humanis Islam. Beliau menunjukkan
kecenderungan dalam filsafat Islam untuk menyesuaikan Islam kedalamsistem praktik
rasional yang lebih luas bagi semua manusia.Ibnu Miskawaih menggunakan metode
eklektik dalam menyusun filsafatnya, iaitu dengan menggabungkan berbagai
pemikiran-pemikiran sebelumnya dari Plato, Aristoteles, Plotinus, dan doktrin
Islam.Namun disebabkan perkara inilah yang membuatkan filsafatnya tidak asli.
Dalam bidang-bidang berikut,jelasbahawa Ibnu Miskawaih hanya mengambil dari
pemikiran-pemikiran yang sudah dikembangkan sebelumnya oleh filsuf lain.
FILSAFAT
IBNU MISKAWAIH
Ibnu Miskawaih berpendapat bahawa sebagai manusia, kita
sepatutnya menggunakan pemikiran untuk membantu menentukan perkara yang perlu
atau tidak perlu kita lakukan untuk mengenali siapa diri kita sebenarnya. Hal
ini menyebabkan Mohamed Arkoun (1970) menggelar beliau sebagai seorang ahli
kemanusiaan dan menganggotai pergerakan kemanusiaan pada zamannya.
Ibnu Miskawaih menggunakan kaedah elektif
dalam menyusun filsafatnya, iaitu dengan membezakanpelbagai pemikiran sebelumnya
terutama yang dikemukakan dari Plato, Aristoteles, Plotinus, dan doktrin Islam.Antara
pandangan Ibnu Miskawaih tentang Ketuhanan, Kenabian, Emanasi, Jiwa dan Akhlak
adalah seperti dibawah :-
Ketuhanan
Dalam masalah Ketuhanan, Ibnu Miskawaih tidak memberikan
perhatian yang lebih, kerana tidak dibincangkan lagi masalah ketuhanan di
zamannya.Tidak banyak perbezaan pemikiran Ibnu Miskawaih dengan pemikiran
Filosof yang lainnya, terutama Al-Kindi.Hal ini jelas bahawa Tuhan menurut
Miskawaih adalah zat yang tidak berjisim, azali dan pencipta.Tuhan esa dalam
segala aspek dan tidak satupun yang setara dengan-Nya.Tuhan ada tanpa diadakan,
dan ada-Nya tidak tergantung kepada yang lain, sedangkan yang lain
memerlukan-Nya.
Bagi Ibnu Miskawaih Tuhan adalah zat
yang jelas dan zat yang tidak jelas.Dikatakan zat yang jelas kerana Tuhan
adalah Yang Haq (benar) bererti terang. Manakala dikatakan tidak jelas pula
adalah kerana kelemahan akal untuk menangkap-Nya(mengetahui-Nya) disebabkan
banyaknya dinding-dinding (Hijab) yang menutupi-Nya. Ketidaksamaan wujud
manusia dengan wujud Tuhan menjadi pembatas sebuah pertemuan antara manusia
dengan Tuhannya.
Kenabian
Sebagaimana Al-Farabi, Ibnu Miskawaih juga
menginterpretasikan kenabian secara ilmiah. Usahanya ini dapat menghasilkan
perbezaan antara nabi dan pemikir yang lain serta menguatkan hubungan antara
wahyu dan akal.
Menurut Ibnu Miskawaih, nabi ialah
seorang muslim yang memperoleh kebenaran kerana pengaruh akal serta daya imaginasinya
dan kebenaran seperti ini diperoleh pula oleh filosof. Perbezaannya hanya
terletak pada teknik dan cara untuk mendapatkannya. Filosof mendapat kebenaran
tersebut dari bawah keatasiaitu dari daya indrawi naik kedaya imaginasi dan
seterusnya naik kedaya berfikir yang dapat berhubung dengan kebenaran dari akalaktif.Sedangkan
nabi, mendapatkan kebenaran yang diturunkan dari Allah yakni dari akal aktif
langsung kepada nabi sebagai rahmat Allah. Kesimpulannya, sumber kebenaran yang
diperoleh nabi dan filosof adalah sama iaitu menggunakan akal. Pemikiran ini
bertepatan dengan apa yang dikemukakan Al-Farabi sebelumnya.
Penjelasan di atas dapat dijadikan
petunjuk bahawa Ibnu Miskawaih berusaha menggabungkan antara agama dan falsafah
dan keduanya haruslah seiring kerana sumber yang digunakan adalah sama.
Persamaan antara nabi dan filosof, bagi Ibnu Miskawaih adalah dalam mencapai
kebenaran, bukan persamaan antara keduanya dalam kemuliaan dan kemaksuman.
Emanasi
Ibnu Miskawaih juga menganut fahaman emanasi, sebagaimana
Al-Farabi.Namun teori emanasi Ibnu Miskawaih berbeza dengan teori emanasi
Al-Farabi.Al-Farabi mengatakan bahawa Allah menciptakan alam secara
pancaran.Sedangkan menurut Ibnu Miskawaih, entitas pertama yang memancar dari
Tuhan ialah ‘AqlFa’al (Akal Aktif).Akal ini tidak dihubungkan sesuatu pun.Ia
bersifat qadim, sempurna, dan tidak berubah. Dari akal ini, timbulnya jiwa dan
dengan perantara jiwa pula timbulnya planet (al-falak). Alam ini dapat
dipelihara berkat pancaran dari Tuhan, sekiranya pancaran Tuhan akan terhenti,
maka berakhirlah kehidupan di alam ini. Perbezaan antara Ibnu Miskawaih dan
Al-Farabi, yang paling utama adalah seperti berikut :
a)
Ibnu Miskawaih mengatakan, bahawa Allah menciptakan alam ini
secara emanasi (pancaran) dari yang tiada menjadi ada. Sedangkan Al-Farabi
mengatakan bahawa Allah menciptakan alam secara emanasi dari suatu bahan yang
sudah ada menjadi ada.
b) Bagi Ibnu Miskawaih ciptaan Allah yang pertama adalah akal
aktif. Sedangkan Al-Farabi mengatakan bahawa ciptaan Allah yang
pertama adalah akal pertama dan akal aktif adalah akal ke sepuluh.
Jiwa
Menurut Ibnu Miskawaih, jiwa adalah rohani yang kekal dan
tidak hancur dengan sebab kematian jasad. Menurutnya, kebahagiaan dan
kesengsaraan di akhirat nanti hanya dialami oleh jiwa sahaja, kerana kekuatan
jasmani bukanlah kekuatan yang hakiki.Menurutnya manusia mempunyai dua unsur iaitu
jiwa dan badan, maka kebahagiaan itu meliputi keduanya. Ada manusia yang
bahagia kerana terikat dengan hal yang bersifat benda, namun ia rindu terhadap
kebahagiaan jiwa dan terus berusaha mendapatkannya. Ada pula manusia yang
mendapat kebahagian melalui jiwa dan melepas kebendaan.
Jiwa menurut Ibnu Miskawaih adalah
substansi rohani yang kekal, tidak hancur dengan kematian jasad.Kebahagiaan dan
kesengsaraan di akhirat nanti hanya dialami oleh jiwa.Jiwa bersifat immateri
kerana itu berbeza dengan jasad yang bersifat materi. Mengenai perbezaan jiwa
dengan jasad Ibnu Miskawaih mengemukakan hujah-hujah seperti berikut:
a)
Indera, setelah mempersepsi suatu tentangan kuat, selama
beberapa waktu, tidak lagi mampu mempersepsi rangsangan yang lebih lemah.
b)
Bilamana kita merenungkan suatu objek yang musykil, kita
berusaha keras untuk menutup sepenuhnya kedua belah mata kita terhadap objek-objek
disekitar kita, yang kita anggap sebagai halangan bagi aktivitas spiritual.
Jika esensi jiwa adalah materi, maka agar aktivitasnya tidak terhambat, jiwa
tidak perlu lari dari dunia materi.
c)
Mempersepsi rangsangan kuat memperlemah dan kadang-kadang
merugikan indera.Disisi yang lain, intelek berkembang menjadi kuat dengan
mengetahui idea-idea dan faham-faham umum (general nations).
d)
Kelemahan fisik yang disebabkan oleh umur yang tua tidak
mempengaruhi kekuatan mental.
e)
Jiwa dapat memahami proposisi-proposisi tertentu yang tidak
mempunyai pertalian dengan data inderawi. Indera, misalnya, tidak mampu
memahami bahawa dua hal yang bertentangan tidak dapat ada bersamaan.
f)
Ada suatu kekuatan tertentu pada diri kita yang mengatur
organ-organ fisik, membetulkan kesalahan-kesalahan inderawi, dan menyatukan
semua pengetahuan. Prinsip penyatuan yang merenung-renungkan materi yang dibawa
dihadapannya melalui saluran inderawi, dan menimbang evidensi (bukti)
masing-masing indera, inilah yang menentukan karakter keadaan-keadaan
tandingan, maka dengan sendirinya jiwa itu harus berada di atas lingkungan
materi.
Moral/ Etika (Akhlak)
Ibnu Miskawaih adalah seorang moralis yang
terkenal.Menurutnya akhlak adalah suatu sikap mental (halun li al-nafs) yang mendorong
seseorang untuk membuat sesuatu tanpa berfikir sehingga menyebabkan hilangpertimbangan.Sikap
mental dibahagikan menjadi dua iaitu sikap yang berasal dari watak dan sikap
yang berasal dari kebiasaan.
Berdasarkan pemikiran di atas,
secara tidak langsung Ibnu Miskawaih menolak pandangan orang Yunani yang
mengatakan bahawa akhlak manusia tidak dapat berubah.Namun menurut Ibnu
Miskawaih akhlak manusia itu boleh berubah melalui pendidikan akhlak (tarbiyah
al-akhlak).Contohnya perbuatan yang dimiliki oleh manusia dari akhlak yang
tercela berubah menjadi akhlak yang baik, jika dia memang sudah insaf dan
bertaubat.Pemikiran Ibnu Miskawaih inisememangnyasejajar dengan ajaran Islam.Malah
dalam al-Quran dan Hadith ada menyatakan bahawa Nabi Muhammad yang datang adalah
untuk menyempurnakan akhlak manusia.Tujuannya adalah tidak lain dan tidak bukan
adalah untuk memperbaiki akhlak dan tingkah laku dalam membentuk peribadi
muslim.
Dalam membahas masalah akhlak, Ibnu
Miskawaih telah membezakan antara kebaikan (Al – Khair) dengan kebahagiaan
(Al-Sa’adah).Menurut Ibnu Miskawaih kebaikan adalah suatu keadaan di mana kita
sampai pada batas akhir dan kesempurnaan wujud.Kebaikan dibahagi menjadi dua,
kebaikan khusus dan kebaikan umum.Kebaikan khusus adalah kebaikan untuk peribadi
masing-masing.Manakala kebaikan umum adalah kebaikan untuk seluruh manusia
dalam menjalankan kepentingan bersama.
Bagi Ibnu Miskawaih kebahagiaan
tertinggi adalah kebijaksanaan yang menghimpunkan dua aspek. Aspek-aspek
tersebut ialah aspek teoretis yang bersumberkan pada amalan selalu berfikir
tentang hakikat wujud dan aspek praktis yang terbentuk sebagai kekuatan jiwa
yang dapat melahirkan atau menjelmakan perbuatan yang baik. Dalam mengharungi
perjalanan ke arah mencapai kebahagiaan tertinggi itu, manusia hendaklah selalu
berpegang kepada nilai-nilai syariat, yang akan bertindak menjadi petunjuk
jalan.
KARYA
PENULISAN IBNU MISKAWAIH
Ibnu Miskawaih tidak hanya dikenali sebagai seorang pemikir
(filosof), tetapi beliau juga seorang penulis yang produktif. Malah beliau
sangat aktif dalam penulisannya dan amat menitikberatkan etika-etika falsafah.
Beliau telah menghasilkan sejumlah karya yang banyak merangkumi bidang ilmu yang luas termasuk sejarah,
psikologi, kimia dan falsafah.
Dalam buku yang bertajuk “Sebuah Kompilasi
Filsafat Islam” yang disusun oleh Thawil Akhyar Dasoeki, disebutkan beberapa
karya tulisannya,iaitu :
- Al-Fauz al-Akbar (Membahas tentang
masalah etika
- Al-Fauz al-Asghar
- Tartib al-Sa’adah (Tentang akhlak
dan politik).
- Al-Musthafa (Tentang syair-syair
pilihan).
- Jawidan Khirad (Kumpulan ungkapan
bijak).
- Al-Jami’
- Al-Siyar (Tentang aturan hidup).
- On the Simple Drugs (Mengenai
kedoktoran).
- On the composition of the Bajats (Mengenai
seni memasak).
- Kitab al-Asyibah (Mengenai minuman).
- Tahdzib al-Akhlak (Mengenai akhlak).
- Risalah fi al-Ladzdzat wa al-Alam fi
Jauhar al-Nafs.
- Ajwibah wa As’ilah fi al-Nafs wa
al-Aql.
- Al-Jawab fi al-Masa’il al-Tsalats.
- Risalah fi Jawab fi Su’al Ali ibn
Muhammad Abu Hayyan al-Sufi fi Haqiqat al-‘Aql.
- Thaharat al- Nafs.
Antara karya yang terkenal adalah ‘Tahdzib
Al-Akhlaq Wa Tathir Al-A’raaq’. Ibnu Miskawaih lebih dikenali sebagai filsuf akhlak (etika)
walaupun perhatiannya luas meliputi ilmu-ilmu yang lain seperti kedoktoran,
bahasa, sastera, dan sejarah.
Dalam karyanya ‘Tahdzib Al-Akhlaq
wa Tathir Al-A’Raq’ (Pendidikan Budi dan Pembersihan Akhlak), beliau telah
merumuskan tentang dasar-dasar etika.Dalam buku ini beliau memperkatakan
tentang kepentingan akhlak berdasarkan sumber-sumber tentang falsafah etika
yang dibacanya daripada karya-karya falsafah Yunani dan Parsi serta ajaran
Islam dan pengalaman beliau sendiri. Menurut Ibnu Miskawaih, akhlak merupakan
bentuk jamak dari ‘khuluk’ yang bererti keadaan jiwa yang mengajak seseorang
untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa difikirkan dan diperhitungkan
sebelumnya sehingga menjadi fitrah manusia, baik berpunca daripada
latihan-latihan yang dilakukan atau kemudian menjadi sifat diri yang melahirkan
‘khuluk’ yang baik.
Menurut Ibnu Miskawaih lagi, ada
ketikanya manusia mengalami perubahan dalam ‘khuluk’ sehingga memerlukan kepada
peraturan-peraturan syariat, nasihat serta ajaran-ajaran tradisi yang berkait
dengan sopan santun. Dalam karyanya itu, beliau turut memperkatakan proses
pendidikan akhlak pada anak-anak. Menurut beliau, jiwa anak-anak seperti mata
rantai daripada jiwa kebinatangan dan jiwa manusia yang berakal. Jiwa manusia
pada anak-anak mengalami proses perkembangan yang boleh menghilangkan jiwa
binatang dan memunculkan jiwa kemanusiaan. Seterusnya beliau mengatakan bahawa
syarat utama bagi kehidupan seorang kanak-kanak adalah syarat kejiwaan dan
syarat sosial.Perkara yang perlu diberi keutamaan dan perhatian adalah aspek
rohani dan jasmani. Oleh sebab itu, pergaulan diantara sesama kanak-kanak
haruslah mengutamakan kepada penanaman sifat jujur, qanaah, pemurah, bertolak
ansur dan mengutamakan kepentingan orang lain, kewajipan mentaati, menghormati
kedua orang tua serta sikap-sikap positif yang lain.
PENUTUP
Ibnu Miskawaih merupakan seorang intelektual muslim pertama
dalam bidang filsafat akhlak. Keahliannya dalam bidang akhlak tersebut juga
mempengaruhi konsep pendidikan yang dicetusnya.Dalam hal ini, beliau mempunyai
dua sisi atau sudut pandangan iaitu secara teori dan praktikal.Beliau
mengutarakan peraturan untuk kelestarian kesihatan moral berpandukan pandangan
budi dan daya karakter.Keadaan ini menjelaskan kaedah di mana pelbagai bahagian
jiwa dapat digandingkan bersama secara harmoni dan seterusnya membawa kepada
tercapainya kebahagiaan.
Ibnu
Miskawaih mungkin tidak sepopular Al- Farabi, Al-Kindi dan Ibnu Rusyd dalam
bidang falsafah.Walaubagaimanapun, ahli-ahli sejarah dan falsafah Islam tetap
menganggap beliau telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang falsafah
terutamanyafalsafah Islam.Banyak ungkapan pemikiran beliau terutamanya yang
berkaitan dengan akhlak adalah mengagumkan sehingga beliau dianggap sebagai
“Bapa Falsafah Islam” dan “Bapa Etika Islam”.Beliau
banyak menghabiskan masanya untuk kegiatan-kegiatan akademik dan penulisan.Ada
ahli sejarah yang mengatakan bahawa Ibnu Miskawaih adalah anggota kepada
beberapa kumpulan intelek yang terkenal pada masa itu iaitu Al-Tawhidi dan
Al-Sijistani.Beliau juga tergolong dalam kelompok cerdik pandai Islam yang
mempunyai wawasan yang luas, terutamanya dalam bidang falsafah.Hal ini dapat
dilihat kepada pendapatnya yang turut merujuk kepada falsafah Yunani, melalui
karya-karya yang telah diterjemahkannya ke dalam bahasa Arab.Malah, beliau
berjaya membuktikan bahawa beliau mampu mengadunkan falsafah Yunani dan Parsi
serta menyesuaikannya mengikut ajaran Islam.Karya-karya beliau banyak
melontarkan buah pemikiran yang amat berguna buat renungan setiap individu umumnya
dalam menjalani kehidupan sebagai seorang manusia.
RUJUKAN
Dr. T.J DE
BOER. 1967. The History Of Philosophy In Islam.
Dover
Publications, Inc. New York.
Muhammad
Yusuf Musa. 1945. Falsafat al-Akhlak fi al-Islam. Kairo : Dar al-A’arif.
M.M.
Syarif. 1967. The History of Muslim Philosophy. New York : Dover Publications.
Nasr, Seyyed Hossein. 1996. History of Islamic Philosophy Part One. Great Britain:
Biddles Short Run Books.
Prof. Dr.
H. Sirajuddinzar. 2004. Filsafat Islam, Filosof dan filsafatnya.
PT
Raja Grafindo Persada. Jakarta.
Shafie
Abdul Rahman. 2011. 25 Cendekiawan. Kuala Lumpur : Must Read sdn. Bhd.
ThawilAkhyarDasoeki.
1993. Sebuah Kompilasi Filsafat Islam.
Indonesia
: Dina Utama Semarang (DIMAS).
Yunasril
Ali. 1991. Perkembangan Pemikiran Falsafi Dalam Islam.Jakarta : Bumi
Aksara.