Punca hidup seseorang itu tidak TENANG
Salam Jumaat, Penghulu segala hari J
Antara punca hidup seseorang itu tidak TENANG :
ü Kita
hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain.. Kita
tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah
berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa
nikmat dengan pemberian itu.
ü Kita
terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan
keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia
ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita
hadapi di akhirat kelak.
ü Kita
terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan
tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita
rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah
syurga daripada Allah.
ü Kita
selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu,
kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh,
mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang
lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat
adalah kehidupan abadi.
_Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan
dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA_ J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan