Follow Me

Jumaat, 13 Januari 2012

Alam Perkahwinan



Setiap makhluk di dunia dicipta berpasangan. Naluri semulajadi itu menjadikan kita berkeinginan untuk berpasangan. Tak kira teruna atau dara, tua atau muda, baik atau jahat, duda mahu pun janda sudah pasti ingin menikmati betapa indahnya hidup berpasangan yang akhirnya melangkah menuju ke alam perkahwinan.

Apatah lagi bila melihat insan di sekeliling bermesra, bergurau senda, dan berbahagia bersama orang tersayang, pasti akan terselit sedikit perasaan cemburu walaupun sekelumit. Iyakan? Jangan nak berdalih la..Mmg tidak dapat dinafikan..

Jauh di sudut hati, pasti kita juga berkeinginan begitu. Kan? Ada tempat untuk kita berkongsi suka duka, ada tempat untuk kita meluahkan rasa hati, ada tempat untuk kita bermanja dan mencurahkan kasih sayang dan yang paling penting kita sama-sama dapat menghindari DOSA. Oh! Betapa manis dan indahnya alam perkahwinan.



Opppss..Semacam je saya nie...Huhu..Sekali sekala..Tak salah kan?Urmm..

Actually saya nak ucapkan Selamat Pengantin Baru . Buat si pasangan di bawah nie..



Firstly..


Tahniah sy ucapkan kepada abang Iwan (Mohd Izwan Shah) vs Kak Asma (Nur Asma Farhani..:).
Selamat pengantin baru..<wink2>

<Sory Pic kabur..Huhu>
Cantik sesangat..Bertemakan warna biru..
Sama cantik sama padan kan..? 
Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, akad ijab dan kabul berjaya dilaksanakan. Maka, secara rasminya abg Iwan telah menjadi seorang suami, iaitu suami kepada Kak Asma. Begitu juga dengan Kak Asma telah menjadi seorang isteri kepada abg Iwan.. Tahniah ye abg..Tahniah ye kak..
I'm so happy ang glad to see both of you.

<Alangkah indahnya jika arwah masih disini..Menitis airmata ini setiap kali mengenangkan arwah..Sehingga ku merasakan pengantin di sebelah abg Iwan e2 arwah..>
{Urmm..Suram je kehidupan ini tanpamu disisi...Astagfirullah al a'ziim..Yg pergi tetap pergi..Yg masih hidup ni, perlu teruskan kehiduapan seperti biasa..Kan abg Iwan?Lupakan masa lalu mu..Ikhlaskan hati..Kamu pasti boleh..:)}

Tahniah juga sy ucapkan kepada sahabat sy, Norhazilawani Raham vs Mohd Nor Azuadi..:).

Selamat pengantin baru..<wink2>

----------------------------------

*Bismillah.

Barakallahu laka wabaaroka 'alaika wa jama'a bainakumaa fii khoir.

[Semoga Allah memberkatimu dan meletakkan keberkatan ke atasmu serta menghimpunkan kedua kamu dalam keberkatan]

"Semoga perkahwinan kalian kekal sehingga ke akhir hayat dan InsyaAllah sampai ke syurga"..♥♥


<MOOD>: KegedikanKuTerserlahUntukCepat2Berkahwin..{NyakitTakSabar}Hahaha.TapiSiapakahGeranganSiPasanganKuNanti?Huhhh.MasihBelumPasti..


<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>


Wahai Jodohku..Dimanakah keberadaanmu di saat ini?
Adakah kau juga sepertiku?Tertanya- tanya..Ternanti- nanti..
Urrrmm..Ku akan sabar menantimu..Hehe.
+__+


Wahai jodohku.. Tahukah kamu bahawa aku mahu kasih sayang yang bakal
dipupuk untukku nanti biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagiaan rumahtangga kita..InsyaAllah.

Hadis Nabi ada menyatakan :-

  "Barangsiapa yang berkahwin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan,
        Barangsiapa yang berkahwin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan.
          Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunannya 

dan
      Barang siapa yang berkahwin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua-duanya."


InsyaAllah perkahwinan akan diberkati dan dilindungi. Amiiinnn..

                                                                                                                            
<YgGigihMenantiMu>





Tiada ulasan:

Catat Ulasan