<<< sambungan daripada entri "Menilai seseorang ketika hati sedang
marah amatlah berbeza ketika gelak ketawa"
Ketika seseorang itu bersikap
kasar dan marah di depan umum. Maka semua orang berpendapat bahawa seseorang
itu buruk, lalu menjauhinya. Ketika seseorang itu berkata0 kata dengan lemah
lembut, maka semua orang berpendapat bahawa seseorang itu sangat baik.
Sebaliknya, ketika seseorang
yang bersikap kasar itu bersikap baik, maka semua orang tetap berfikir negatif
tentangnya dan ketika seseorang yang baik itu bersikap buruk maka orang tetap
berfikir positif atau blh jadi menjadi sangat tidak menyukai seseorang itu.
Ketika seseorang didapati
mencuri, maka orang lain berpendapat bahawa seseorang itu tidak layak untuk
dipercayai.. Dan ketika seseorang dapat menemukan kecurangan, maka orang lain
berpendapat bahawa seseorang itu adalah pahlawan.
Sebaliknya ketika seseorang
yang dianggap pencuri itu menemukan kecurangan, maka orang lain akan berkata
bahawa dia sedang mencari muka dan ketika seseorang yang tadinya dianggap
pahlawan itu ditemukan kecurangan maka orang lain akan menganggap bahawa dia
sedang mencari kecurangan yang lain atau boleh jadi juga orang lain selama-
lamanya tidak akan mempercayainya lagi. Itulah penilaian seseorang terhadap
seseorang yang lain. Apa yang dilihat oleh mata akan menjadi sebuah penilaian
tetap, walau pun belum tentu seseorang itu benar- benar layak untuk dinilai
baik atau buruk seperti yang sudah terlihat oleh pancaindera.
Kita tidak dapat mendekati
orang yang menurut kita menjengkelkan dan jahat kerana itu sama ertinya dengan
mencari masalah untuk diri sendiri. Tetapi kita dapat meneka hati dan fikiran
kita tentang seseorang itu. Jangan sampai kita menilai buruk seseorang hanya
kerana seseorang itu telah berbuat hal buruk didepan mata kita.!!!
Kita tidak pernah tahu apa yang
sedang dialami oleh seseorang itu sampai seseorang itu bersikap dan berkata
dengan sangat buruk terhadap kita atau orang lain didepan mata kita. Kita tidak
pernah tahu apa yang sebenarnya ada di dalam hati dan fikiran seseorang itu
walau pun dia telah berlaku buruk di depan kita. Dan terlebih lagi, belum tentu
kesalahan ada pada orang lain, mungkin saja kita secara tidak sedar pernah
berbuat salah, sehingga seseorang itu dikecewakan.
Kadangkala tingkah laku buruk
kita pun sering mendapatkan penilaian yang buruk dari orang lain. Pastinya,
kita tidak suka jika orang berpendapat buruk tentang kita kalau niat hati kita
sebenarnya tidak buruk. Jadi mengapa kita segera memberikan pendapat yang buruk
tentang seseorang kerana perilakunya yang buruk?
Tidak adil jika kita menilai
seseorang itu burukhanya pada saat dia sedang marah atau mengecewakan kita.
Bahkan seseorang yang buruk dapat berubah menjadi baik ketika ada seseorang
yang baik dengannya.
Jadi ketika kita hendak menilai
seseorang itu dengan penilaian yang buruk oleh kerana perilakunya yang buruk,
maka kita cuba renungkan kembali apakah diri kita terlalu baik untuk memberikan
penilaian buruk terhadap orang lain? Siapakah kita? Sebenarnya, kita sangat
tidak layak menilai seseorang, kerana Tuhan Yang Maha Mengetahui...:).
Sampai disini saja entri kali
ini. Bersama- sama kita bermuhasabah diri kita. Ambillah sedikit masa, paling
tidak selama beberapa minit memikirkannya. Sehingga bertemu lagi di lain entry.
Ma’as Salaaamah Wa
Ilalliqhoooook...:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan