Setiap orang tak lekang daripada buat dosa dan salah.
Sama ada dosa dengan Allah
Buat salah dengan mak abah,
keluarga
Buat silap dengan kawan- kawan
Ataupun bersalah pada diri sendiri
<><><><>
Mungkin
kita buat dosa itu semalam.
Mungkin juga kita buat dosa itu sekarang.
Mungkin juga esok dan esok
dan esok. <bla..bla..bla..>
Sebanyak manapun dosa dan salah kita tu, yang pastinya takkan
terpadam macam tu aje. Betul x? Antara sedar dengan tak sedar aje.
Yaaaa..
Manusia mungkin lama-lama terlupa yang dia
pernah buat salah. Dia mungkin terlupa yang dia pernah buat dosa. Tapi Allah x
pernah lupa. Sama sekali tidak. Malah jika dihitung-hitung, satu persatu dosa-dosa kita yang lalu dapat dikemukakanNya di akhirat kelak.
<><><>
Jadi sekarang.
Yang penting, bukan banyak mana dosa dan salah yang kita dah buat.
Tapi adakah kita dah minta ampun?Minta maaf? Dari dosa-dosa dan salah-salah kita yang
lalu tu? Sudah ke?
Haaa..
Makanya..Bermula hari ini..Jom kita sama-sama hayati kembali dan sama-sama muhasabah diri kita kembali adakah kita sudah minta keampunan atas dosa-dosa kita yang lalu..
**Selagi ada masa, buatlah
sekarang. Macamna kita nak orang yang buat salah pada kita cepat-cepat minta
maaf pada kita dan akui kesilapannya, macam tue jugalah Allah, bila kita buat
dosa.
Mintalah ampun kepada Allah, sesungguhnya Allah tidak pernah jemu untuk memberi ampun kepada hamba-hambaNya..
Rasulullah saw pernah bersabda kepada
Aisyah r.a, ‘Jika engkau melakukan dosa dan bukan merupakan kebiasaan, maka
mohonlah ampun kepada Allah dan bertaubat kepadaNya, kerana apabila seorang
hamba mengakui dosanya, kemudian dia bertaubat kepada Allah, nescaya Allah akan
mengampuni dosanya.’
(HR. Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Wahai saudaraku! Bertaubat kepada
Allah adalah merupakan jalan yang terbaik supaya dosa- dosa akan diampunkan
olehNya. Tidak ada yang dapat memberikan keuntungan bagi orang- orang yang
beruntung pada hari akhirat kecuali hanya bertaubat bersungguh-sungguh, yang
padanya terkandung keikhlasan kepada Allah semata dan dengan cara menjauhi apa-
apa yang tidak disukaiNya.
Taubat itu adalah merupakan ubat yang
dapat diperoleh bagi setiap orang yang terkena penyakit jiwa dan perbuatan-
perbuatan yang buruk. Sedangkan makna taubat menurut pengertian bahasa ialah
kembali. Maksudnya ialah kembali taat kepada Allah swt sedangkan sebelumnya
durhaka kepadaNya.
Wallahu a'laam..:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan